Pemasaran Sukan Malaysia 2016

Cogan kata

Cogan kata temasya Sukan Malaysia 2016 ialah "Perpaduan dalam kepelbagaian". Ia melambangkan perpaduan atlet dari 14 negeri Malaysia dan Brunei, pegawai-pegawai teknikal, kakitangan sokongan dan sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza.

Logo

Logo temasya Sukan Malaysia 2016 merupakan imej sebuah Burung kenyalang, burung negeri Sarawak. Burung kenyalang pada logo yang merupakan simbol Sarawak dan Warna bendera Sarawak, merah, kuning dan hitam, mewakili Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia. Unsur matahari logo mewakili kepantasan dan kecerdasan olahragawan, manakala huruf besar ā€˜Sā€™ dan U mewakili Sukan Malaysia.[7]

Maskot

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2016 ialah sepasang burung kenyalang yang masing-masing bernama Satria (lelaki) dan Satrina (perempuan), yang direka oleh Amir Hassan Mohd Shah. Dikatakan Sarawak dikenali oleh kebanyakan orang sebagai "Bumi Kenyalang" atau "Land of the Hornbills" dalam Bahasa Inggeris dengan burung kenyalang dianggap sebagai simbol negeri. Pengambilan burung kenyalang sebagai maskot temasya adalah untuk mewakili Sarawak sebagai negeri tuan rumah temasya tersebut.[8]

Lagu

Lagu tema Sukan Malaysia 2016 ialah Berpadu Menyahut Cabaran.